Wartawan Dean Jones melaporkan bahawa Youri Tielemans masih belum menandatangani kontrak baharu dengan Leicester kerana dia merasakan dirinya terlalu bagus untuk kelab seperti Leicester.

Dalam erti kata lain, Leicester terlalu kecil untuk pemain yang memiliki reputasi gah sepertinya.

Tielemans menerima £120,000 seminggu di King Power, merupakan antara penerima gaji tertinggi di kelab itu.

Tielemans dikaitkan dengan beberapa kelab di dalam dan di luar England. Antara kelab yang berminat dengan Tielemans adalah Arsenal.

Dengan kontraknya yang masih belum dilanjutkan, dia akan menjadi ejen bebas selepas tamat musim hadapan.

Leicester dikatakan tiada pilihan lain selain menjual pemain itu pada jendela perpindahan kali ini.

Selain Arsenal, kelab Itali iaitu Juventus, kemudian kelab Sepanyol – Atletico Madrid dan juara Jerman – Bayern Munich juga berminat dengan pemain antarabangsa Belgium itu.

Sejak menyertai Leicester dari AS Monaco pada 2019, Tielemans telah menjadi nadi penting pasukannya. Terutama sekali ketika membantu Foxes memenangi Piala FA pertama kelab mereka pada musim lalu.

Dia bukan sahaja cemerlang berkawal di atas padang, malah turut menjadi gol kemenangan dalam aksi menentang Chelsea.

Dean Jones menegaskan bahawa situasi Tielemans di Leicester tidak rumit. Kerana pemain itu sudah memberikan isyarat bahawa dia mahu berpindah ke kelab lebih besar.

Jones berkata: “Tielemans merasakan bahawa dia harus bermain di peringkat lebih tinggi. Ada perasaan dalam diri Tielemans bahawa dia terlalu bagus untuk kelab seperti Leicester.”

“Dan saya tak pasti orang di dalam kelab itu akan setuju dengan pendapatnya.”

Tielemans sudah memenangi Piala FA dan kemudian beraksi di Europa League bersama dengan Leicester dan hampir beraksi di pentas UCL.

Leicester sendiri merasakan bahawa mereka telah memberikan bola sepak yang selayaknya kepada Tielemans. Namun malangnya pemain itu merasakan dia harus bermain untuk kelab lebih besar.

Komen itu juga mengundang kritikan daripada beberapa peminat Leicester yang menyatakan bahawa Tielemans patut berterima kasih kepada Leicester yang membangunkannya menjadi bakat yang cukup bagus.